Ibu Bapa yang berminat mendaftar anak ke Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun dengan hormatnya dijemput membuat permohonan dengan mengisi 'borang pendaftaran on-line' menggunakan SPS di bahagian 'PENDAFTARAN PELAJAR'. Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang di pejabat SRIAAD. Kebiasaannya permohonan Tahun 1 dibuka bermula Januari sehingga 31 Jun setiap tahun untuk kemasukan tahun berikutnya.
Bagi kemasukan selain dari darjah 1, tuan-puan boleh menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui status kekosongan kemudian mengisi borang pada bila-bila masa namun pihak sekolah hanya akan menghubungi tuan/puan jika ada kekosongan tempat.
Kemasukan tidak dijamin memandangkan tempat adalah sangat terhad dan permintaan agak memberangsangkan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dinasihatkan agar mendaftarkan anak/jagaan di sekolah yang lain untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.